Monday 11 March 2013

Salam Diskusi Buat Remaja Ku.......

PELAN TINDAKAN 

Remajaku sayang.... jangan pula selepas ini, kita tidak tahu hendak buat apa. Mari kita bincang soal pelan tindakan.

1. Suburkan budaya ilmu, hapuskan kejahilan.
     Allah berfirman yang beraksud : "Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah 58:11)

2. Berlapang Dada
    Golongan ilmuwan yang berselisih pendapat, kami merindui sikap berlapang dada kalian. Indahnya akhlak tatkala kami melihat kalian menangani orang yang tidak sehaluan dengan meraikan pendapat masing-masing. Berhujah tidak pernah melibatkan emosi dan nafsu. Hujah berpijak kepada al-Quran dan sunnah.

3. Cinta kepada diskusi
    Jom kita menjadi generasi baru yang cinta kepasa diskusi dan perbincangan ilmiah. Remajaku, jangan asyik dengan game atau leka menghadap gadget sahaja. Banyak perkara kita perlu buat dan belum lagi buat. Ia lebih banyak daripada masa yang dipinjamkan kepada kita. 

Sunday 10 March 2013

EKSTRA

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul Bahasa Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul bahasa Melayu, seperi mana berikut :

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembhkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan "Mlayu" bermaksud berlari atau mengmbara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Monday 4 March 2013

SALAM UNTUK SEMUA.....

Disini, hati terasa sayu mengenangkan wira-wira negara memperjuangkan tanah air di Lahad Datu, Sabah. Mari lah sama-sama kita panjatkan doa semoga semua wira-wira pahlawan negara kita selamat dan dilindungi Allah dalam usaha menjaga tanah air tercinta ini.... InsyaAllah...

Friday 1 March 2013

Tuesday 26 February 2013

salam semua....smoga hari ni menjadi hari yang lebih baik untuk semua... semoga berada dalam redha Ilahi hendaknya... InsyaAllah

singgah sebentar di laman blog saya....

jom singgah menelaah subjek Bahasa Melayu disini...ambik sedikit input untuk dikongsi bersama....