MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud
Kata
yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis:
Terbahagi
kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang
yang diceritakan halnya)
3. Bilangan
penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan
pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh
Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan
nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan
kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan
seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
|
hamba
(tunggal)
|
Digunakan untuk membahasakan diri
sendiri pada zaman dahulu.
|
patik
(tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap
dengan raja atau sultan.
|
beta
(tunggal)
|
Digunakan oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami
(tunggal)
|
Digunakan pada diri orang yang berkata
serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita
(tunggal)
|
Digunakan pada diri sendiri dengan
menyertakan diri orang kedua.
|
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan
nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan
dengan kita.
|
awak
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
|
engkau
(tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri orang kedua pada
zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti
‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku
(tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan raja
atau sultan.
|
kalian
(tunggal)
|
Digunakan untuk beberapa orang yang
diajak bercakap.
|
kamu
(tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat hubungannya dengan kita.
|
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan
nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda
(tunggal)
|
Digunakan untuk putera-puteri raja,
raja atau sultan.
|
beliau
(tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang kita
hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
|
Dia dan
ia (tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang umum
seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka
(tunggal)
|
Digunakan untuk orang yang bilangannya
lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk
kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita tidak harus
mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya
diimport dari Jepun.
|
Kereta itu sungguh mahal kerana
diimport dari Jepun.
|
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
|
“Hamba mohon maaf atas
kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
“Patik mohon maaf atas
kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
|
Kakitangan syarikat ini sedia
menolong engkau.
|
Kakitangan syarikat ini sedia
menolong anda.
|
Saya ingin berjumpa dengan ia.
|
Saya ingin berjumpa dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
|
Mereka
sedang bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti
Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan
Banyak / Jamak
|
Diri Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara
sekalian
saudari
sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga (orang yang diceritakan
halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
No comments:
Post a Comment