CONTOH KARANGAN SPM


Karangan
  1. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
Jawapan isi:
    1. Menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak
    2. Mendorong anak-anak meminati bidang sukan sejak kecil
    3. Memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan
    4. Anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan
Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan. Hal ini bermakna setiap murid harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan yang paling diminati. Selepas diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran, dasar ini telah menjadi buah mulut masyarakat, khususnya ibu bapa. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik saban hari mengetengahkan  perkara tersebut sebagai isu  utama. Peribahasa ada mengatakan “Jikalau tiada angin , masakan pokok bergoyang”. Dasar ini perlu diperkenalkan kerana negara kita ketinggalan dalam kebanyakan acara sukan bertaraf dunia. Jika negara kita mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan, kita mestilah melakukan sesuatu. Dalam hal ini, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu membantu pihak kerajaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini. Terdapat pelbagai  usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagimenggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
Satu daripada usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah mereka perlu menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu berjinak-jinak dalam bidang sukan. Langkah yang paling awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging atau beriadah. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan, ibu bapa dapat mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum air. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di kawasan padang atau stadium yang berhampiran. Selepas itu, ibu bapa hendaklah bermain badminton atau bola sepak dengan anak-anak. Melalui aktiviti ini, bakat anak yang terpendam dapat digilap. Jika ibu bapa merupakan jaguh sukan sebelum ini, bakat tersebut kemungkinannya dimiliki oleh anak-anak merekabagai kuah tumpah ke nasi. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke masa, anak-anak tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti setelah diasuh oleh ibu bapa mereka.
Selain itu, anak-anak amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendorong anak-anak supaya meminati bidang sukan sejak kecil bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka mestilah menjadi pendorong kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah, daerah atau sebarang pertandingan sukan. Sebagai contohnya, apabila anak-anak tidak mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan, ibu bapa perlu memberikan dorongan dengan mengucapkan kata-kata bahawa sekali tewas tidak bermakna akan tewas buat selama-lamanya. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak bahawa di sebalik kekalahan sebenarnya kita memperoleh sesuatu yang lebih berharga, iaitu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin berusaha kerana usaha tangga kejayaan.Tegasnya, sokongan daripada ibu bapa sangat besar impaknya kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang gemilang.
Di samping itu, ibu bapa perlulah memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan. Semasa anak-anak mencapai kejayaan pada kali pertama dalam acara sukan yang disertai, ibu bapa mestilah memberikan penghargaan atau pujian kepada anak-anak. Apabila dipuji dan penghargaan diberikan kepada mereka, semangat untuk berlatih atau menceburi bidang tersebut dengan lebih giat akan meningkat. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka peralatan sukan yang diminati seperti pakaian, kasut atau peralatan sukan lain sebagai hadiah. Usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini bukanlah memberikan peluang kepada anak-anak untuk membuat sesuatu agar mendapat habuan tetapi membuatkan anak-anak merasai bahawa dirinya dihargai. Melalui cara ini, mereka akan gembira dan menjadikan aktiviti sukan tersebut menyeronokkan. Menurut ahli psikologi, minat seseorang dalam sesuatu perkara akan meningkat jika diberi ganjaran atau penghargaan.
Bukan itu sahaja, anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan. Melalui bahan bacaan tersebut, anak-anak akan mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih mendalam. Banyak ilmu yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi sejarah, tokoh yang berjaya, aspek kejurulatihan, pemakanan, teknik, strategi, dan sebagainya. Pujangga menyatakan, `Membaca Jambatan Ilmu’. Sebagai contohnya, murid perlu membaca pelbagai majalah yang berkaitan dengan acara sukan yang diminati seperti majalah sukan bola sepak, hoki, dan sebagainya. Usaha ini selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang memerlukan murid bukan sahaja mahir bermain malah memahami sesuatu permainan. Dalam hal ini, melalui Dasar 1Murid 1Sukan, murid-murid bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu permainan, malah mereka mampu menjadi jurulatih atau pengadil walaupun tidak mempunyai bakat untuk bermain pada suatu hari nanti.
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak-anak untuk menceburi bidang sukan. Jika ibu bapa menyuruh anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan, sedangkan mereka tidak melakukannya bersama-sama, usaha ini diibaratkanketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak ibarat bapa borek anak rintik jika mereka turut sama aktif dalam bidang sukan. Untuk merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, ibu bapa merupakan insanyang menjadi pendorong selain guru di sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya mengharapkan guru-guru sahaja untuk membimbing anak-anak mereka bagi merealisasikan dasar ini. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi melahirkan individu yang seimbang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Jika ibu bapa berjaya memainkan peranannya, sukan di negara kita akan terus gemilang selaras dengan slogan `Majulah Sukan untuk Negara


CONTOH KARANGAN BERKAITAN PENCEMARAN ALAM

CONTOH KARANGAN 1.
Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.
    "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.

   Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan 
heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwetlagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.

   Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.

   Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang 
izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
  
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agarpidana ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.


   Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi 
evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausansignifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

4 comments:

  1. Satu ulasan yang sangat releven untuk dibaca sebagai tatapan untuk calon yang akan menghadapi peperiksaan SPM..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete